CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, September 26, 2012

Nasi Maglubah versi Jubail

Bahan2
Beras basmati
Daging (daging lembu / kambing)
Ubi kentang
Terung besar
Bawang besar
Tomato
Bunga kobis (cauliflower)
Daun ketumbar (corriander)
Rempah kasar (kulit kayu manis, buah pelaga, lada hitam, limau kering)
Rempah serbuk - mixed spices
Serbuk kunyit sedikit
Garam
Minyak unuk menggoreng
 

Cara-cara
Rebus daging yang dipotong besar (sebesar penumbuk kanak2. Letak rempah kasar iaitu kulit kayu manis, buah pelaga, lada hitam dan limau kering. Bila dah empuk baru masukkan garam.

Sementara itu, potong semua jenis sayur seperti didalam gambar. Goreng semua jenis sayur kecuali tomato. Bawang cincang perlu ditumis dengan letak sedikit garam, kunyit dan mixed spices.

Sambil menggoreng, rendam beras basmati.

Susun sayur sayuran didalam periuk untuk masak. Aturannya ialah tomato, ubi kentang, terung, bunga kobis, bawang besar goreng, daun ketumbar.

Kemudian susun kan daging yang telah direbus. Last sekali letak beras. Air untuk masak, gunakan air rebusan daging tadi.

Bila nasi dah masak, kacau sedikit sahaja untuk elakkan nasi hancur.

Siap untuk dihidang. Boleh makan dengan Salatah. Cara membuat Salatah - hiris kobis, timun dan carrot. Masukkan cuka, perahan lemon. Boleh tabur dengan serbuk merah (tak ingat le pulok namanya) :D.
 

 

Tuesday, September 25, 2012

Umm Ali - dessert arab

 
 
Bahan2:

* 10 keping puff pastry (Al Karamah is preferred)
* 1 kotak thick cream (KDD brand is preferred)
* 2 1/2 cup susu segar
* 6 sudu besar gula
* 1/2 cup kekacang (campur2 walnut, pistachio, badam @ apa saja)
 
 
 Cara2:

Susun puff pastry di atas dulang pembakar. Bakar di dalam oven dengan suhu 180 Celcius sehingga warna bertukar keperangan. Off oven dan biarkan ia di dalam oven sehingga puff naik tinggi.

Sementara menunggu puff didalam oven, campurkan thick cream, susu segar dan 4 sudu gula di dalam blender. Blend selama 1/2 minit.

Carik-carikkan puff pastry di dalam bekas pembakar. Taburkan kekacang yang di pecah-pecahkan. Boleh juga masukkan kelapa kering dan kismis kalau suka. Taburkan 2 sudu besar gula. Last sekali siram bancuhan yang di blender tadi. Bakar dalam oven dengan suhu 180 Celcius selama lebih kurang 15-20 minit. Boleh di makan panas atau sejuk. Kalau tunggu sejuk, nanti kuahnya meresap ke puff pastry (kurang kuah). Selamat mencuba :)

Gambar di atas ada lah sebelum dituang bancuhan susu dan belum bakar pun lagi. Gambar dah siap bakar terlupa nak ambik :D

Monday, September 24, 2012

Brownies




Bahan-bahan:

3/4 cup tepung gandum
1/4 tsp baking powder
1/2 cup gula halus
2 biji telur
150g coklat bar (dark)
100 g butter
70g kacang (almond/walnut/apa apa sahaja)

 Cara-cara:

1. Cairkan coklat dan butter dalam oven atau atas dapur sehingga semuanya cair
2. Dalam bekas lain, pukul telur dan gula hingga sebati
3. Masukkan gandum dan baking powder yang telah diayak dan kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat dan butter yang telah cair tadi. Kacau lagi.
5. Bila sebatian rata, masukkan kacang dan gaul lagi.
6. Dalam bekas empat segi yang telah dialas dengan cooking/wax paper, tuangkan adunan tadi dan ratakan.
7. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga ternampak sedikit rekahan pada permukaan brownies.
8. Biarkan ia betul-betul sejuk untuk dikeluarkan daripada bekas.