Resepi turun temurun dari arwah Mok (nenek Neeza sebelah Ayah), diturunkan kepada Ma (menantunya) dan kini Neeza pula guna resepi ni. Tak salah rasanya Neeza nak share dengan semua. Arwah Mok mesti suka :). Semoga ianya memberi kebaikan kepada semua. InsyaALlah...
Menu (untuk makan satu keluarga 4-6 orang)
1. Nasi Putih
2. Sambal Penumis
3. Sambal kelapa
4. Solok Lada
5. Daging Goreng Kunyit
6. Ulam-ulaman1. Nasi PutihMasak nasi putih macam biasa. Kalau nak nasi biru, boleh guna pewarna ataupun bunga color biru tu. Di Saudi ni, manalah nak cari bunga biru tu kan. Lagipun, my asben terchenta, tak minat nasi berkaler biru tu. Dia tak lalu makan. Jadi, nasi putih is the best combination :).
2. Sambal Penumis
Bahan-bahan:Cili boh / cili kering yang di blend 1 sudu besar
Bawang besar 2 biji sederhana*
Bawang putih 4-5 ulas*
Halia 1 cm*
Serai 1 batang dihiris halus*
1/2 cm belacan*
- bahan bertanda * perlu di blend
Budu 1 sudu besar
Asam jawa 1 sudu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Santan pekat 2 cawan
Minyak untuk menumis 2 sudu besar
Cara-cara:
Masukkan minyak masak ke dalam periuk. Tumis cili boh / cili blender tadi sehingga kering sedikit. Masukkan semua bahan yang diblend. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan santan dan biarkan ia masak. Masukkan asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih dan naik minyak sedikit. Tutup api.
3. Sambal kelapa
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kembung sederhana besar direbus dan di ambil isinya*
1/4 bawang besar (2 ulas bawang kecil)*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
1 batang serai dihiris halus*
- Blender kering @ tumbuk semua bahan bertanda *
Kelapa kering 5 sudu besar
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Goreng kelapa kering sehingga keperangan dan angkat. Gaulkan kelapa bersama semua bahan yang di blender tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul rata. Sekiranya ia agak lembab, bolehlah goreng sebatian di atas api sekejap sambil kacau rata. Apabila agak kering, tutup api dan hidangkan.
4. Solok Lada
Bahan-bahan:
7-8 biji lada hijau muda (yang debab sikit tu, tapi bukan capsicum) - buang biji
2 ekor ikan kembung sederhana besar diambil isinya (jangan rebus!)*
1/2 biji Bawang besar*
3 ulas Bawang Putih*
1 cm halia*
- blender kering @ tumbuk bahan bertanda *. Seelok-eloknya ikan di blender asing.
Kelapa kering 3 sudu besar (boleh guna kelapa basah)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan santan pekat
Cara-cara:
Gaulkan kesemua bahan yang di blender bersama ikan dan kelapa. Masukkan garam dan gula. Rasa. Kalau dah okay, sumbatkan adunan ikan ke dalam lada (cili) yang dah dibasuh serta buang biji tadi (cili perlu dibelah tengah tapi jangan putus pulak). Susun cili yang telah disumbat kedalam periuk. Masukkan santan dan taburkan garam dan gula atas cili tadi. Masak menggunakan api sederhana sampai cili masak (warna berubah). Siap untuk dihidang.
5. Daging goreng kunyit
Bahan-bahan:
1/2 kilo daging dipotong kecil
1 Biji bawang besar dihiris bulat
Kunyit
Garam
Minyak masak
Cara-cara:
Basuh bersih daging yang telah dipotong. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Masukkan daging kedalam kuali (matikan air) dan biar sehingga air kering. Masukkan minyak dan goreng daging sehingga masak. Masukkan bawang besar dan kacau rata. Tutup api.
6. Ulam-ulaman
Bahan-bahan:Kobis, Carrot, Timun di hiris halus. Kalau di Malaysia, Neeza campur kacang panjang dan segala jenis daun. Di Saudi ni payahlah sikit nak cari daun-daun. Jadi, apa yang ada sajalah :)
Sebenarnya jumlah bahan-bahan tu lebih pada agak-agak sahaja. Kebanyakan menu Neeza gunakan kelapa kering sebab di Jubail ni kelapa kering paling senang nak dapat dan tahan lama serta halus. Kalau nak beli kelapa segar, hanya certain places saja ada jual. Kelapa parut frozen pulak, kasar lah sangat. Satu kerja nak kena blend. Since nak cepat dan benda yang nak disediakan pun rumit, jadi kelapa kering is the best solution ;). Selamat mencuba. InsyaAllah, sedap... :).