CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, April 3, 2009

Sup lobak putih


Gempak je nama. Lobak putih masak air sebenarnya. Tapi since bukanlah semata-mata direbus, jadi Neeza namakannya sup lobak putih. Lobak putih ni ialah carrot yang color putih. Tak tahu lah tempat lain panggil apa. Layan aje lah ya.





Bahan-bahan:

1 batang lobak putih sederhana besar - dipotong bulat
bawang besar ( onion) - 1 biji sederhana besar - hiris halus
bawang putih (garlic) 2-3 ulas - diketuk
ikan bilis (anchovies) 6-8 ekor ditumbuk
lada hitam (black pepper) - 1/2 sudu kecil (tsp)
Air (water)
garam (salt)
gula (sugar)
Minyak (oil)



Cara penyediaan:

Panaskan minyak didalam periuk kecil. Tumis bawang besar yang telah dihiris sehingga terbit baru. Masukkan bawang putih dan ikan bilis. Tunggu sekejap. Jangan pula sampai hangit bawang putih tu. Then, masukkan lada hitam. Masukkan air sesuka hati (tapi jangan lah banyak sangat sampai banjir rumah). Then letak hirisan lobak putih tadi. Masukkan garam dan sedikit gula. Gula ni pengganti encik aji sebenarnya. Tunggu sehingga mendidik. Siap untuk hidangan :).

7 views:

Anak Pendang Sekeluarga said...

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

Pootz in Boots said...

Hi Neeza.. Salaam,
Sup lobak putih ni bagus untuk ibu2 yang menyusukan anak... salah satu makanan utk banyakkan susu, insya Allah!! Jemput singgah blog saya....

[S]itie [B]Um [B]Um said...

caner rase lobak putih ek?? xpernah plak ct mkn

tulipurple said...

sy kalu mkn ini lobak sure bengkak nenenku itew..tp si kecik ler happy banget..hehe.

Neeza Shahril said...

Anak Pendang,

terima kasih sudi ziarah.. nanti saya link ya..

***********************************

Pootz,

ada jugak neeza dengar gitu.. dan neeza memang suka lobak putih :)

***********************************

Siti,

rasanya macam lobak merah cuma warnanya putih.. macam ubi kot..

***********************************

Tulip,

memang bagus untuk akak yang ada 2 baby ;)

Dr Ezura said...

salam kak neeza...cuba buat tumis lobak putih...saya selalu tumbbuk bwg kecil dgn byk ikan bilis...tumis dgn minyak bijan, masukkan hirisan lobak putih, bubuh daun kucai (daun sup pun bleh)...mmg kick! gerenti tido mlm smpi basah2 baju sbb milk overflow...

Neeza Shahril said...

Ezura,

nanti akak try. Bunyi macam sedap tu.. hari tu akak nampak ada jual minyak bijan, tapi tak beli pulak.. nanti nak kena beli lah :)