CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 24, 2010

Carrot Cake dari dapur Najd 27


Inilah hasilnya! malas nak edit gambar ;)


BAHAN-BAHANNYA (Ingredients)

1 cawan tepung gandum* (1 cup flour)
1 camca teh baking powder* ( 1 tsp baking powder)
1/2 camca teh soda bicarbonate* (1/2 tsp soda bicarbonate)
1/2 camca teh garam halus* (1/2 tsp salt)
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis* (1 1/4 tsp cinnamon powder)

*disatukan dan diayak (sift and mix)


2 biji telur gred "A" (2 eggs)
3/4 cawan minyak jagung (3/4 cup corn oil)
1 cawan gula halus (1 cup sugar)
1 1/2 cawan parutan lobak merah (1 3/4 cup grated carrot)
1/2 cawan kacang walnut/badam, cincang (1/2 cup chopped walnut or almond)



BAHAN CREAM CHEESE TOPING (The topping)

100 g mentega (butter)
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla (1 tsp vanilla essence)
2 camca besar gula aising, diayak (1 tblspn icing sugar)



CARA MEMBUATNYA (METHOD)

1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

3. Masukkan lobak merah parut dan walnut/badam tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 30 ~ 40minit atau hingga masak.

4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan...

5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...(atau guna 250 g cream cheese sahaja tanpa mentega


Nak senang dan kalau nak toping kat atas tu tinggi, bakar je dalam bekas kaca. Tak payah keluarkan kek tu. Letak je topping kat atas tu. Pas tu, simpan dalam fridge. Nak makan potong.. hehe.. sonang bai tu :D


credit resepi ini diberikan pada Kak Nik! clap! clap! clap! :)