CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 8, 2010

Nasi Kerabu Klatae


Resepi turun temurun dari arwah Mok (nenek Neeza sebelah Ayah), diturunkan kepada Ma (menantunya) dan kini Neeza pula guna resepi ni. Tak salah rasanya Neeza nak share dengan semua. Arwah Mok mesti suka :). Semoga ianya memberi kebaikan kepada semua. InsyaALlah...


Menu (untuk makan satu keluarga 4-6 orang)

1. Nasi Putih
2. Sambal Penumis
3. Sambal kelapa
4. Solok Lada
5. Daging Goreng Kunyit
6. Ulam-ulaman



1. Nasi Putih

Masak nasi putih macam biasa. Kalau nak nasi biru, boleh guna pewarna ataupun bunga color biru tu. Di Saudi ni, manalah nak cari bunga biru tu kan. Lagipun, my asben terchenta, tak minat nasi berkaler biru tu. Dia tak lalu makan. Jadi, nasi putih is the best combination :).


2. Sambal Penumis

Bahan-bahan:

Cili boh / cili kering yang di blend 1 sudu besar
Bawang besar 2 biji sederhana*
Bawang putih 4-5 ulas*
Halia 1 cm*
Serai 1 batang dihiris halus*
1/2 cm belacan*
- bahan bertanda * perlu di blend
Budu 1 sudu besar
Asam jawa 1 sudu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Santan pekat 2 cawan
Minyak untuk menumis 2 sudu besar


Cara-cara:

Masukkan minyak masak ke dalam periuk. Tumis cili boh / cili blender tadi sehingga kering sedikit. Masukkan semua bahan yang diblend. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan santan dan biarkan ia masak. Masukkan asam jawa, garam dan gula. Biarkan sehingga mendidih dan naik minyak sedikit. Tutup api.


3. Sambal kelapa

Bahan-bahan:

1 ekor ikan kembung sederhana besar direbus dan di ambil isinya*
1/4 bawang besar (2 ulas bawang kecil)*
2 ulas bawang putih*
Sedikit halia*
1 batang serai dihiris halus*
- Blender kering @ tumbuk semua bahan bertanda *
Kelapa kering 5 sudu besar
Garam dan gula secukup rasa


Cara-cara:

Goreng kelapa kering sehingga keperangan dan angkat. Gaulkan kelapa bersama semua bahan yang di blender tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul rata. Sekiranya ia agak lembab, bolehlah goreng sebatian di atas api sekejap sambil kacau rata. Apabila agak kering, tutup api dan hidangkan.


4. Solok Lada


Bahan-bahan:

7-8 biji lada hijau muda (yang debab sikit tu, tapi bukan capsicum) - buang biji
2 ekor ikan kembung sederhana besar diambil isinya (jangan rebus!)*
1/2 biji Bawang besar*
3 ulas Bawang Putih*
1 cm halia*
- blender kering @ tumbuk bahan bertanda *. Seelok-eloknya ikan di blender asing.
Kelapa kering 3 sudu besar (boleh guna kelapa basah)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan santan pekat


Cara-cara:

Gaulkan kesemua bahan yang di blender bersama ikan dan kelapa. Masukkan garam dan gula. Rasa. Kalau dah okay, sumbatkan adunan ikan ke dalam lada (cili) yang dah dibasuh serta buang biji tadi (cili perlu dibelah tengah tapi jangan putus pulak). Susun cili yang telah disumbat kedalam periuk. Masukkan santan dan taburkan garam dan gula atas cili tadi. Masak menggunakan api sederhana sampai cili masak (warna berubah). Siap untuk dihidang.


5. Daging goreng kunyit


Bahan-bahan:

1/2 kilo daging dipotong kecil
1 Biji bawang besar dihiris bulat
Kunyit
Garam
Minyak masak


Cara-cara:

Basuh bersih daging yang telah dipotong. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Masukkan daging kedalam kuali (matikan air) dan biar sehingga air kering. Masukkan minyak dan goreng daging sehingga masak. Masukkan bawang besar dan kacau rata. Tutup api.


6. Ulam-ulaman

Bahan-bahan:

Kobis, Carrot, Timun di hiris halus. Kalau di Malaysia, Neeza campur kacang panjang dan segala jenis daun. Di Saudi ni payahlah sikit nak cari daun-daun. Jadi, apa yang ada sajalah :)



Sebenarnya jumlah bahan-bahan tu lebih pada agak-agak sahaja. Kebanyakan menu Neeza gunakan kelapa kering sebab di Jubail ni kelapa kering paling senang nak dapat dan tahan lama serta halus. Kalau nak beli kelapa segar, hanya certain places saja ada jual. Kelapa parut frozen pulak, kasar lah sangat. Satu kerja nak kena blend. Since nak cepat dan benda yang nak disediakan pun rumit, jadi kelapa kering is the best solution ;). Selamat mencuba. InsyaAllah, sedap... :).

Saturday, August 7, 2010

Honey Roasted Chicken with mixed herbs (Ayam Panggang Madu bersama Herba Campuran)




Bahan-bahan:

1 ekor ayam - lumurkan dengan butter
2 biji bawang besar*
4 ulas bwg putih*
1 inci halia*
1/2 ketul kiub ayam*
2 sudu besar gula*

bahan bertanda * perlu diblend

2-3 sudu kecil serbuk lada hitam#
2 sudu besar madu#
1 sk herba campuran#
garam#
1 sudu besar olive oil#


Cara-cara:

bahan bertanda # lumur pada ayam bersama-sama bahan yang diblender tadi

Hias ayam dengan kentang, carrot dan bawang besar potong yang dah dibuang kulit. Boleh juga sumbat kentang dalam badan ayam.

Perap ayam selama 1-3 jam atau lebih

Bakar ayam dalam oven dengan suhu 200 C selama 1 1/2 - 2 jam bergantung pada size ayam. Pada 10-20 minit terakhir, hiaskan timun dan tomato ceri pada ayam. Siap untung dihidang. Sangat sedap kalau cukup bahan-bahannya.. InsyaAllah..

Tuesday, August 3, 2010

Lemon Roasted Chicken Meal (Ayam Bakar Lemon)


Lemon roasted chicken

- Seekor ayam - cuci bersih dan lumurkan dengan butter
- Bawang putih - 3-4 ulas tumbuk halus*
- 1 sudu besar Black pepper*
- 2 sudu besar Olive oil*
- 1 sudu kecil Garam*
- 2 sudu besar Mix herbs (Italian seasoning)*
- Semua bertanda * dilumurkan pada ayam
- Lemon sebiji direbus dahulu sampai lembut, cucuk dengan grapu dan masukkan dalam ayam
- Perap 1/2 jam @ ikut suka
- Dalam bekas yang sama, letakkan juga carrot, kentang, bawang besar yang telah dipotong.

Bakar selama 1-1/2 jam (bergantung pada size ayam) dengan menutup bekas menggunakan aluminium foil. Bila dah nak masak, masukkan tomato ceri ke dalam bekas. Keluarkan aluminium foil tadi. Terus bakar sampai masak.


Mashed potato

- rebus kentang sampai masak
- buang kutlitnya
- kentang dicampur susu segar dan garam, blender sampai halus (smooth)


Coleslaw

- Potong halus carrot, kobis dan sedikit bawang besar
- Masukkan mayonnaise, gula dan garam sedikit
- gaul rata


French fries
- goreng aje lorrr.. :D


Gravy

- Letakkan sedikit butter dalam periuk
- Tumiskan bawang besar yang telah didadu dan tunggu hingga naik bau
- Masukkan sliced mushroom (boleh guna yang dalam tin atau segar)
- Masukkan tomato yang telah didadu (dice)
- Masukkan blackpepper (sauce @ powder)
- Masukkan secubit kiub perisa ayam (nak lebih pun boleh tapi Neeza letak sikit sangat)
- Masukkan bancuhan tepung gandum untuk pekatkan kuah
- Masukkan sedikit sos tiram (optional) dan sedikit kicap
- Tunggu sampai masak (boil) dan tutup api

Sunday, August 1, 2010

Japanese Cotton Cheesecake made in Jubail ;)




Bahan A

250 g cream cheese*
50 g butter*
100ml (1/2 cawan) fresh milk*
6 kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 sudu teh garam
60 g (1/3 cawan) tepung halus (superfine/tepung Kuwait kalau di Saudi)
20 g tepung jagung


Bahan B

140 g (2/3 cawan) gula halus
6 putih telur
1/4 sudu teh cream of tartar (boleh ganti dengan 1/2 camca teh jus lemon)


yang bertanda * perlu dicairkan atas api kecil (boleh guna kaedah double boiler kalau rajin)



Penyediaan:

1- Bila bahan-bahan yg dicairkan itu sejuk, masukkan kesemua bahan A dan kacau menggunakan wisk hingga sebati dan tidak berbintil-bintil.

2- Pukul putih telur hingga kembang, masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul hingga kental (tak cair).

3- Satukan nombor 1 dengan nombor 2, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam acuan yang telah digris.

4- Bakar kek menggunakan kaedah "bain-marie" dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 1 jam.


Nota:

Kaedah "bain-marie" = bakar dengan cara meletakkan tin berisi adunan ke dalam loyang yg berisi sedikit air panas. Kaedah "double-boiler" = mencairkan bahan dengan cara mengisi bahan2 dalam bekas tahan panas dan meletakkan bekas itu atas air mendidih.

Saturday, July 24, 2010

Carrot Cake dari dapur Najd 27


Inilah hasilnya! malas nak edit gambar ;)


BAHAN-BAHANNYA (Ingredients)

1 cawan tepung gandum* (1 cup flour)
1 camca teh baking powder* ( 1 tsp baking powder)
1/2 camca teh soda bicarbonate* (1/2 tsp soda bicarbonate)
1/2 camca teh garam halus* (1/2 tsp salt)
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis* (1 1/4 tsp cinnamon powder)

*disatukan dan diayak (sift and mix)


2 biji telur gred "A" (2 eggs)
3/4 cawan minyak jagung (3/4 cup corn oil)
1 cawan gula halus (1 cup sugar)
1 1/2 cawan parutan lobak merah (1 3/4 cup grated carrot)
1/2 cawan kacang walnut/badam, cincang (1/2 cup chopped walnut or almond)



BAHAN CREAM CHEESE TOPING (The topping)

100 g mentega (butter)
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla (1 tsp vanilla essence)
2 camca besar gula aising, diayak (1 tblspn icing sugar)



CARA MEMBUATNYA (METHOD)

1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.

3. Masukkan lobak merah parut dan walnut/badam tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 30 ~ 40minit atau hingga masak.

4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidak habis dimakan...

5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...(atau guna 250 g cream cheese sahaja tanpa mentega


Nak senang dan kalau nak toping kat atas tu tinggi, bakar je dalam bekas kaca. Tak payah keluarkan kek tu. Letak je topping kat atas tu. Pas tu, simpan dalam fridge. Nak makan potong.. hehe.. sonang bai tu :D


credit resepi ini diberikan pada Kak Nik! clap! clap! clap! :)