Neeza suka makan mee jawa. Sangat suka sebenarnya tapi tak reti nak buat. Ma pun tak pernah ajar dan tak pernah buat kalau tak silap sebab Ma bukan orang Jawa pun. Jadi, bila nak makan, Neeza g00gle for recipe. Macam-macam version ada. Neeza suaipadan beberapa version dengan apa yang Neeza ada kat rumah ni. Jadinya... inilah Mee Jawa version tak sudah hehee..
KUAH
Bahan-bahan untuk kuah:
1 biji bawang besar (onion) - perlu di kisar (grind)
5 ulas bawang putih (garlic) - kisar
3 batang serai - kisar
3 sudu cili boh / cili kering yang dikisar
1 inci lengkuas - kisar
1 inci halia - kisar
1/3 cawan udang kering - rendam sekejap dan kisar
3-4 sudu serbuk kari daging
1 biji ubi keledek sederhana besar - rebus dan tumbuk halus
air rebusan daging daripada 200 gram daging
Garam
Gula
Minyak
Cara masak:
Bersihkan daging dan rebus. Setelah masak, keluarkan daging dan ketepikan. Simpan air rebusan. Tumis semua bahan yang dikisar sehingga naik minyak. Masukkan serbuk kari dan tunggu sehingga naik minyak juga. Kacau rata. Masukkan air rebusan daging tadi. Masukkan ubi keledek yang telah di tumbuk juga. Kacau rata. Masukkan air lagi sekiranya terlalu pekat. Masukkan garam dan gula. Tunggu sehingga mendidih. Hidangkan.
MEE DAN CONDIMENTS
Bahan-bahan:
Mee spagetti
Daging yang telah direbus.
Daun bawang - hiris halus
Daun sup - hiris halus
Cili besar merah dan hijau - hiris halus
Bawang goreng
Telur rebus
lemon - di belah kecil
Cara penyediaan:
Mee tadi perlu direbus sehingga lembut. Semasa merebus, curahkan sedikit minyak masak supaya mee tadi tidak melekat antara satu sama lain. Daging yang telah direbus tadi perlu dihiris halus. Senduk mee didalam mangkuk. Letakkan semua bahan condiments diatas mee dah curahkan kuah keatasnya. Kalau ada taugeh, boleh lah diletak. Neeza takde taugeh. Sayur lain pun takde. Jadi, tak letak lah. Tapi takpe.. Boleh juga dimakan dengan lahapnya hehehe..
7 views:
bestnye mee jawa... tgh hari ni nak gi makan kat tempat cendol kat sg isap tu la... shedappp... nanti kak neeza balik m'sia nak rasa yg kak neeza masak plak... boleh???
tengok mee jawa tu, tetiba je rasa lapar! nak g carik mee jawa gak!
Intan,
kalau akak balik for good, Insyaallah akak buat dan ajak Intan dan baby ye :)
***********************************
Kakak,
segera cari!! kat malaysia senang dapat.. sini, kena lah masak.. uhukss..
salam ziarah..sy ambik resipi buleh?
Rozita,
silakan.. saya pun pinjam sana sini gak :)
i like your blog......
dr gamba nanpak mcm laksa. haha
Post a Comment