CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, February 25, 2011

Pau


Bahan2:

3 1/2 cup tepung gandum
2 1/2 tbsp yis
1 tsp baking powder
1 tsp emplex (optional)
4 tbsp susu tepung
4 tbsp gula
2 tbsp shortening
1 tbsp minyak masak
sedikit garam
air suam (agak-agak -> ~1 1/2 cup


Cara-cara:

1. Satukan tepung, yis, baking powder, emplex, susu tepung, guna, minyak dan garam. Gaul dan ratakan
2. Tambahkan air suam sedikit demi sedikit hingga doh boleh diuli dengan baik.
3. Biarkan 40minit - 1 jam. (Neeza letak dalam microwave je. Tapi janganlah pulak pergi tekan on microwave tu heheh.. :D
4. Bulat-bulatkan dan letak inti
5. Kukus 10-15 minit.

Selamat mencuba.. Kalau takde shortening, gantikan dengan minyak masak saja. Resepi ni flexible. Boleh kurang, atau lebihkan mana2. Resepi asal guna susu pekat manis. Disebabkan diri yang terlampau rajin untuk buka tin susu lepas tu berkurun dia dok dalam peti, Neeza ganti dengan susu tepung dan gula.. Alhamdulillah.. jadi pun pau :)

Friday, February 18, 2011

Kuih Bakar


Bahan2:

1 cawan tepung gandum
1 1/8 cawan gula (nak kurang pun boleh tapi Neeza suka manis sikit)
2 cawan santan (1 cawan santan serbuk bancuh bersama air)
5 biji telur size B (suka hati sebenarya, lebih telur, lebih lembut)
pewarna hijau/jus pandan
bijan (ditabur atas adunan)

Cara2:

1. Campurkan tepung, gula dan santan. Gunakan whisk utk mengacau adunan. Neeza blender saja (senang!)
2. Masukkan telur satu persatu dan diblender lagi hingga sebati.
3. Tambahkan pewarna/ jus pandan (atau kedua2nya) mengikut pilihan kehijaun masing2.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan/loyang kek dan taburkan bijan di atasnya. (Acuan/loyang kek hendaklah terlebih dahulu disapu butter/minyak supaya adunan tak melekat)
5. Bakar di dalam oven (yg telah dipanaskan terlebih dahulu) pada suhu 180 degree celcius sehingga kelihatan ada regangan pada sisi acuan/loyang (utk memastikan betul2 masak, gunakan toothpick/skewer dan dicucuk ke dlm kuih td. Sekiranya tak melekat, maka kuih td telah masak). Kalau guna oven kecil, kuih ini akan naik tinggi semasa membakar. Biarkan saja. Tunggu hingga masak. Jangkaan masa dalam 40-60 minit.
6. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong.