Bahan2
Beras basmati
Daging (daging lembu / kambing)
Ubi kentang
Terung besar
Bawang besar
Tomato
Bunga kobis (cauliflower)
Daun ketumbar (corriander)
Rempah kasar (kulit kayu manis, buah pelaga, lada hitam, limau kering)
Rempah serbuk - mixed spices
Serbuk kunyit sedikit
Garam
Minyak unuk menggoreng
Beras basmati
Daging (daging lembu / kambing)
Ubi kentang
Terung besar
Bawang besar
Tomato
Bunga kobis (cauliflower)
Daun ketumbar (corriander)
Rempah kasar (kulit kayu manis, buah pelaga, lada hitam, limau kering)
Rempah serbuk - mixed spices
Serbuk kunyit sedikit
Garam
Minyak unuk menggoreng
Cara-cara
Rebus daging yang dipotong besar (sebesar penumbuk kanak2. Letak rempah kasar iaitu kulit kayu manis, buah pelaga, lada hitam dan limau kering. Bila dah empuk baru masukkan garam.
Sementara itu, potong semua jenis sayur seperti didalam gambar. Goreng semua jenis sayur kecuali tomato. Bawang cincang perlu ditumis dengan letak sedikit garam, kunyit dan mixed spices.
Sambil menggoreng, rendam beras basmati.
Susun sayur sayuran didalam periuk untuk masak. Aturannya ialah tomato, ubi kentang, terung, bunga kobis, bawang besar goreng, daun ketumbar.
Kemudian susun kan daging yang telah direbus. Last sekali letak beras. Air untuk masak, gunakan air rebusan daging tadi.
Bila nasi dah masak, kacau sedikit sahaja untuk elakkan nasi hancur.
Siap untuk dihidang. Boleh makan dengan Salatah. Cara membuat Salatah - hiris kobis, timun dan carrot. Masukkan cuka, perahan lemon. Boleh tabur dengan serbuk merah (tak ingat le pulok namanya) :D.